Thursday, 6 September 2012

FAKTOR-FAKTOR PENENTANGAN



FAKTOR-FAKTOR PENENTANGAN
Faktor-faktor yang mencetus kebangkitan Dato’ Bahaman menentang British diPahang adalah disebabkan oleh
kehilangan hak untuk memungut cukai
. Sejak  pertengahan tahun 1889, jentera pentadbiran Inggeris telah berjalan berdampingandengan pentadbiran tradisi. Collector dan Magistrate diberikan tugas untuk memungutcukai dari hasil rakyat tempatan yang menjadi hak Orang-orang Besar tradisi. Kini kuasaOrang-orang Besar dalam hal pengutipan cukai telah ditarik dan mereka sebaliknya diberisara hidup. Rakyat tidak lagi dibenarkan mengutip hasil hutan dengan bebas. Kegiatanmereka yang lampau seperti memungut hasil hutan dan melombong hanya dapatdijalankan dengan menggunakan lesen-lesen yang dikeluarkan oleh Pegawai Inggeris.Tanah mereka terpaksa dijual dan dikenakan cukai 40 sen satu ekar. Orang KayaBahaman yang dipandang tinggi dan sangat berpengaruh telah didesak oleh Orang-OrangBesar Negeri untuk mencari penyelesaian. Oleh sebab Dato Bahaman telah kehilanganhak istimewanya untuk mengutip cukai di daerah kekuasaanya, Semantan, maka DatoBahaman telah merancang untuk menentang penjajah Inggeris. Misalnya, beliaumenentang pelantikan I. A Wise sebagai Pegawai Majistret dan Pemungut Hasil diTemerloh. Kerajaan Inggeris belum lagi menyelesaikan tuntutan Orang-orang Besar Pahang, Orang Kaya Bahaman meneruskan kegiatannya mengutip cukai danmembenarkan panglima-panglimanya berbuat begitu untuk membiayai pekerjaan dantanggungjawab mereka. Pihak Inggeris telah berkali-kali mengingatkan Orang KayaBahaman bahawa beliau tidak lagi berhak mengutip cukai atau memberi kebenaran padaorang lain berbuat demikian. Tetapi menuru satu sumber, Bahaman dan Clifford telah bersetuju untuk membahagi dua hasil Semantan, sementara menanti jawapan yangmuktamad dari Gabenor tentang masalah sara hidup.

No comments:

Post a Comment